Friday, June 11, 2010
Wednesday, September 2, 2009
KERAJAAN, BUKAN MAINAN
Posted by FFCrew Team at 7:40 PM 0 comments
Friday, August 21, 2009
tok guru.. jangan mempermainkan agama

Umum mengetahui, bahawa ada sesetengah masyarakat menyanjung dan menyukai apa yang diperkatakan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Dan ada juga, sudah tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh Tok Guru kerana ada berbau Politik dan kepentingan diri beliau apa yang diperkatakannya sebelum ini. Tok Guru adalah orang yang dihormati, tetapi beliau pula tidak menghormati orang lain. Tetapi, beliau beranggap diri beliau perlu dihormati. Apakah itu sebenarnya keadilan dalam diri beliau sendiri.
Wednesday, July 22, 2009
Jika Pas Sudi Mendengar
Dipetik dari blog Dr Moh Asri Zainul Abidin
Oleh kerana perkataan Islam disebut dalam nama PAS, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain.
Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat. Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan ‘orang lain’ lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?
Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina.
Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu ‘Kerajaan Perpaduan’. Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.
Saya bukan bermusuh dengan PAS, tapi saya memberi teguran sebagai seorang muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga. Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan”.
Islam harus bersatu, bukan mencaci-caci. Mereka yang terpengaruh dengan cacian ini adalah dikalangan mereka yang mengikut pandangan politik barat. Sanggup melihat melayu itu berpecah. Seharusnya UMNO dan PAS bersatu.
Posted by FFCrew Team at 5:50 AM 2 comments
Labels: PAS
Monday, July 20, 2009
Pakatan Rakyat, jangan kelirukan Rakyat
Kita senang jalankan siasatan tetapi kalau cuba putar belitkan fakta oleh kerana nak ganggu tanpa siasatan muktamad kita akan ambil tindakan sepatutnya.
“Kita nak tahu bagaimana kejadian itu terjadi, kita kena tengok cara macam mana, dia terjun sendiri atau ada kaitan dengan orang lain. Saya ikut akta yang kita siasat dan selepas itu kita akan buat cadangan kepada peguam negara,” Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang dipetik dalam akhbar The Sun mengatakan bahawa SPRM adalah pihak yang bersalah atas kematian, Onn Beng Hock. Tindakan beliau sebenarnya menjatuhkan kretabiliti SPRM yang menjalankan tugas dengan sangat cemerlang.
Beliau, yang merancang supaya spekulasi awal atas kematian onn beng hock dijalankan. Cuba untuk mempengaruhi rakyat bahawa SPRM adalah pihak yang membunh Onn Beng Hock. Setelah sedia maklum, kegiatan ini sudah nampak seperti dirancang.
Apa yang kita tahu :
- Mereka cuba untuk menjatuhkan kretabiliti SPRM. Mengalih pandangan rakyat, bahawa SPRM adalah tidak tulus. Bagaimana pula dengan institusi kehakiman negara.
- Seterusnya, membuatkan rakyat ragu-ragu dengan keputusan mahkamah yang adil atas tuduhan liwat Anwar Ibrahim.
PR, cuba mempermainkan isu ini, melihatkan bahawa mereka adalah golongan yang perfect dalam tugas. tiada kesalahan. tetapi yang sebenarnya. mereka adalah punca kepada segala masalah. Mereka telah banyak menyalahgunakan kewangan dan harta milik kerajaan negeri Selangor. Yang paling menyedihkan adalah menjadikan Bangunan SUK negeri Selangor sebagai pusat kegiatan haram mereka. Itu adalah hak rakyat.
\
Ayuh, selamatkan kerajaan negeri selangor dari terus disalahgunakan oleh DAP-PKR -PAS
Sunday, July 12, 2009
Ketua Dan Anak Buah
Seringkali aku bertanya kepada diriku sendiri, apakah pernan pemimpin dalam sesebuah organisasi. Bagi saya ada dua jenis pemimpin di sesebuah organisasi
“Saya faham sangat keadaan selepas pembedahan memang tidak boleh banyak bercakap atau bergerak. Saya memang tidak tahu langsung mengenai keadaannya,” Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
Posted by FFCrew Team at 9:00 PM 1 comments
Labels: Manek Urai, Nik Aziz, PAS
Thursday, July 2, 2009
DAP Mahukan Kuasa Sebenarnya
Posted by FFCrew Team at 4:44 PM 1 comments
Wednesday, June 17, 2009
Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan
Yang penting sekarang ini,
Posted by FFCrew Team at 5:01 PM 0 comments
Labels: Kerajaan Perpaduan, Nik Aziz, PAS


