Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Saturday, June 20, 2009

Pelajar Sekolah Sekarang, ingatlah


Seringkali aku mendengar seorang guru mengeluh dengan rakan sejawatnya,


"anak murid sya tak siap kerja sekolah cikgu"
"sabarjerla... cikgu, nak dipukul tak boleh, nak di herdik dilawannya semula"
"mungkin, zaman kita sekolah dulu x sama dengan zaman sekarang.... hmmmm"

Murid-murid Sekarang, bila diberi kerja sekolah tidak dibuatnya. Apa yang dibuatnya dirumah? Mungkin berpoya-poya pergi ke Bandar bersama rakan-rakan ataupun bermain "game" dan "internet" sepanjang hari.

Dulu,

Pelajar sekolah dulu, sibuk jugak... sibuk kerana kemiskinan yang dilalui. Pagi-pagi mungkin tolong mak jual kuih, petang-petang sibuk dengan membantu ibu dan ayah pergi kebun ataupun jaga adik. Tetapi, berjaya juga mereka. Kerja sekolah yang guru kasi boleh pulak disiapkannya. Kalau tidak siap kerja itu, mungkin dia rela dan bersedia menerima hukuman. Tetapi, besok dia tidak ulangi lagi kesilapannya.

Sekarang lagi,

Guru boleh dijadikan kawan, kawan gelak, kawan berjenaka, kawan untuk berbual, kawan dikala kesunyian, kawan jika ada kesusahan. Tetapi, bila ada tindakan yang dikenakan oleh guru itu, apa yang dikatakannya, "Sial betullah cikgu nie, bodoh betul, aku tak salah dia cakap aku salah, Mangkuk ayun". Tidak cukup dengan kata-kata, harta benda cikgu itu dirosakannya. Sepertimana anda telah baca di dada-dada akhbar

Dulu lagi,

Guru adalah simbol kepada ketegasan dan kehormatan. Guru, adalah seorang yang paling disegani dalam hidup. Kalau guru itu merotan murid itu, murid itu tidak akan berkata apa-apa, melainkan "terima kasih cikgu". Murid itu, akan fikirkan sendiri apa kesalahan yang dia telah lakukan. Kalau nak diberitahu kat mak ayah, takut bertambah lagi, garisan merah dibadan. Dan kesan apabila guru itu merotan, murid itu menjadi seorang yang berguna sekarang. "Terima Kasih Cikgu, kerana Merotan saya sewaktu saya di sekolah dahulu".

Sekarang pulak,

Apa yang JANGAN itu IYA la jawapannya, apa yang YA itu JANGAN la jawapanya, bila mak ayah berpesan, "nie duit berlanja sekolah,JANGAN nak beli rokok pulak". AKhirnya, rokok juga yang menjadi pujaan hati die. Lepas tue, mungkin ada yang advance sikit, dadah. Salah guna motor, kononnya motor tu nak digunakan supaya senang pergi sekolah, tetapi di bawa dengan laju dan bahaya. Seperti menempah maut dijalan kebaikan. Itulah anak muda sekarang.

Dulu,

"kau jangan pergi mana-mana lepas sekolah" balik budak tue selepas sahaja sekolah. Apa yang mak dan ayah dia cakap, di ikut bulat-bulat tanpa bertanya apa. Apa yang diberikan oleh ibu bapa, diucap penuh dengan kesyukuran. Hatta, dapat sebuah basikal semasa itu, sudah cukup bangga itu pelajar sekolah itu. Dah cukup kaya. Tapi, apa kegunaanya, balik sekolah dan pergi sekolah. Bawak adik-adik sekali naik basikal tue.

Sekarang ni,

budak dah hidup dalam keadaan senang, cakap sepatah, 1000 patah dijawabnya. Bila makayah tegur mereka lawan. Masa itu la cakap, ala.. itu benda lapuk la.. dah x boleh pakai lagi. Sekarang zaman moden. Habis, semua jadi lapuk dibuatnya sehinggakan hukum agama jadi lapuk. Teruk bila mereka tidak menerima aga dalam kehidupan. Apa yang mereka tahu, berlambak... nama sahaja Islam, tetapi, mengucap pun tak tahu, alfatihah pun ingat sehingga bismillahhirahmanirrahim sahaja. Mana lah pergi agama mereka.

Dulu-dulu ,

Anak muda penuh dengan agama. maghrib sahaja, mereka pergi berjumpa ustaz untuk mengaji. Paling kurang sudah khatam al-quran. Pandai fardhu ain. Solat dijaga. Itulah rahsia kejayaan mereka. Kejayaan datang dari Allah swt.



Inilah mungkin, nasib cabaran untuk pejuang bangsaku..... sesuatu yang hendak dikekalkan mungkin hilang. Apabila kita tengok anak bangsaku berkelakuan begini. Mungkin, anak bangsaku terlampau terkejut dengan pembangunan yang pesat ini.

Sunday, June 14, 2009

Dua Fahaman Yang Sama



Apekah agenda mereka?

Cuba kita lihat apa terjadi dengan umat Islam di Singapura
dengan kebebasan beragama mereka, peluang pendidikan mereka,

Bolehkah laungan azan dilaungkan di Singapura? Di Malaysia masih boleh lagi semasa pemerintahan yang diketuai oleh umat Islam. Renung-renungkanlah... Inikah yang dinamakan sebagai kebebasan beragama

Saturday, June 13, 2009

En Chin Peng, Anwar benarkan anda masuk..



Huh, gembiranya Chin Peng apabila mendapat khabar berita bahawa Ketua Umum PKR ini membenarkan dia masuk Ke Malaysia. Dapatlah dia perjuangankan semula ideologi Komunis ini di Malaysia iaitu, tidak percaya pada tuhan.

Mungkin dengan kepulangan chin Peng ini negara akan menjadi lebih aman. Sedangkan anda sudah membaca sejarah , apa yang di buat oleh Parti Komonis Malaya selepas perang dunia kedua. Apa dibuatnya keatas bangsa/kaum anda. Huh, kalau anda hendak pokok berbuah dua kali, kita benarkan Chin Peng untuk masuk ke Malaysia.

Serangan PKM adalah berbentuk gerila, serangan yang melibatkan pertumpahan darah. Sewaktu zaman PKM hendak menerajui Malaysia, mereka sanggup membenuh, merogol dan membuat apa sahaja tingkah laku "kemanusiaan" terhadap sesiapa yang mengingkari perintah mereka. Dan kalau kita baca sejarah Bukit Kepong, kita dapat lihat bagaimana kejamnya PKM ini hendak menawan Bukit Kepong. Sedih bila melihat mayat dibakar dan dibunuh dengan kejam

Inikah orang yang akan memberi manfaat kepada bangsa!

Alfatihah kepada pejuang Negara yang terkorban dalam peperangan.

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP