KERAJAAN, BUKAN MAINAN
Apa yang berlaku di Perak semalam mencentuskan lagi satu ketengangan yang berlaku di Perak. Amat mengejutkan bahawa seseorang manusia yang mampu berfikiran waras, tidak gila, dan berpendidikan ini sebenarnya mampu melakukan perkara yang sebenarnya menjatuhkan maruah sendiri.
Persoalan sekarang ini, kenapa pembangkang bagi kerajaan negeri perak ini sanggup melakukan sedemikian. Walaupun, rakyat negeri Perak sekarang ini hidup dalam keadaan aman.
beberapa, perkara harus diambil tahu oleh rakyat negeri Perak kenapa? mengapa? dan sebab apa pembangkang melakukan perkara sedemikian
1. Untuk memastikan tiada agenda pembangunan kerajaan negeri Perak berjalan. Oleh itu, kerajaan negeri Perak yang ada sekarang ini berada dalam keadaan statik. Dan, ini menyebabkan rakyat negeri Perak sendiri menangung derita akibat kurang pembangunan di Negeri Perak Darul Ridzuan.
2. Membuat kekacauan di Negeri Perak, seterusnya melemahkan struktur ekonomi negeri Perak. Justeru, tiada pelabur yang berminat ataupun kurang berminat untuk melabur di kerajaan negeri Perak. Oleh itu, rakyat negeri Perak juga menanggung kerugian yang besar disebabkan kurangnya perolehan pendapatan negeri akibat apa yang dilakukan oleh Pembangkang ini.
3. Melemahkan sektor pelancongan negeri Perak. Peniaga yang berniaga akan kekurangan pendapatan. Ini disebabkan oleh ketakutan akibat kekacauan yang dilakukan oleh Pembangkang di kerajaan negeri Perak.
Tiga perkara diatas adalah, faktor yang perlu diambil berat oleh rakyat negeri Perak. Akibat tindakan pembangkang ini sekarang. Mereka sebenanrya tidak membantu untuk memulihkan ekonomi ataupun sosial penduduk negeri Perak. Tetapi, sebenarnya mereka berusaha untuk menjatuhkan negeri Perak itu sendiri. Tiada agenda pembangunan yang disampaikan oleh mereka.
Inilah yang dikatakan "wakil rakyat" parti PKR, DAP dan PAS. Mereka berusaha sedaya upaya untuk melemahkan egenda Perpaduan yang dibawa oleh Perdana Menteri. Justeru, agenda politik yang tidak matang ini harus ditolak.
0 comments:
Post a Comment