Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Saturday, September 12, 2009

Usah diimpikan negara Ini Melayu yang Punya

Dah.... usah berangan untuk kau duduk dinegara yang diangankan milik orang Melayu ini. Nama persekutuan Tanah Melayu sudah ditukarkan kepada Malaysia. yang tinggal hanya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu sahaja nama yang ada Tanah Melayu di negara ini. Nama itu pun ada orang yang tak suka sebab "Tanah Melayu". Segan kononnya dengan kaum lain dimuka bumi ini. Sepaptutnya nak ditukarkan juga kepada nama lain yang kononnya lebih nampak maju kehadapan dan dipandang "ekslusif" terutamanya oleh orang-orang luar.

Silap-silap satu hari nanti nama Malaysia nie pun kene tukar jugak... kerana adanye perkataan "Malay" disitu... jadilah nama die seperti Tigerpura ke... huhuhu.. maklumla masih ade lagi species harimau di muka bumi ini. Baju rasmi atlethe sukan Malaysia juga berjalur harimau. Barulah nampak berani.

Inilah yang akan diperjuangkan kalau politik beralih tempat. Benda yang bukan mustahil. Jika perkara-perkara diatas sudah tercapai usah difikirkan lagi keistemewaan hak-hak pribumi dinegara sendiri. Takde benda yang boleh dipertahankan disini. Melainkan Melayu itu akan semakin lemah, sebab sikap melayu itu sendiri yang susah nak berubah dan menerima perubahan. Tetapi, kalau kita dengan benda yang negative, cepat sahaja mereka respons.

Hal ini boleh terjadi kalau kita dengar, suri rumah tangga di sesuatu kawasan itu berborak antara satu sama lain. Ada antaranya sibuk mencerita keburukan orang dan sangat tidak ramai yang berkata berkenaan isu yang mendatangkan kebaikan diri sendiri dan masyarakt sekeliling. Perkara-perkara sebegini dah macam benda biasa dikalangan orang Melayu. Response benda negative adalah lebih laju daripada streamyx ataupun Wimax.

Akhirnya, asik cakap benda negative sahaja, berlakulah apa yang berlaku sekarang? Apa yang berlaku sekrang awak sebagai pembaca pun tak perasan ke? Adakah kita melihat orang Melayu itu berjaya? Sibuk menceritakan keburukan orang lain... timbul pulak perasaan hasrat dengki, timbul pulak perasaan irihati, timbul lagi perasan menghasut orang lain, timbul lagi perasaan benci sesama sendiri, timbulnya tamak dalam diri, timbulnya dendam yang berpanjangan.
Last2x haprak... je Melayu kat bumi nie.

Kita tengok, hasil pendidikan salah seorang orang usahawan Melayu, (Melayu juga dia ni). Tetapi, apa bezanya Melayu ini dengan melayu diatas. Sebelum saya memberitahu sapa Melayu ini, jangan harap jumlah melayu nie, ramai.... kat muka bumi melayu yang semakin mengecil nie.. boleh dikira dengan tapak tangan je orang mcm ni. Orang nya sanggup mendermakan setengah daripada hasil pendapatan die kepada orang Miskin, setengah daripada pendapatan die untuk meningkatkan martabat Islam dibumi ini. Setengah daripada pendapatan dia untuk mereka yang menuntut ilmu dan Setengah daripada pendapatan dia untuk melihat Melayu itu berjaya. Setengah o.k!! bukan separuh!! bukan 2.5%! Saya letakkan kat diri awak! Awak mempunyai gaji sebulan sebanyak RM3000.00, RM1500.00 daripada gaji awak, awak berikanlah kepada baitulmal, rumah anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Anda sanggup? Tak ramai orang yang sanggup. tertutamnya bangsa Melayu haprak nie... yang sanggup hanya sikit jer. BERBEZA daripada kaum yang lain. Apa yang pentingnya adalah dirinya sendiri! Tetapi usahawan melayu ini apa jadi sekarang nie? Miskin ke? Bankrup ke? Tak de pulak saya dengar, baru-baru nie die beli saham bernas dan pelabuhan. Menjadikan beliau antara 10 orang yang terkaya di Malaysia dan hanya beliau seorang sahaja yang Melayu. Itulah dia Tan Sri Syed Mokthar AlBukhary. Penyelamat antara 10 orang terkaya Melayu di Malaysia. Tak masuk universiti pun, SPM pun x lepas...

Itu adalah hasil daripada pemikiran positive. Kalau ada orang ramai anak melayu di muka bumi ini macam Syed Mokhtar kan best. Mesti best punye... sudah tentu negara ini Malayu yang punya! Bukannya pentingpun kejayaan kita untuk berlumba menjadi kaya. Tetapi, penting untuk kita beramal jariah, membantu orang Melayu itu sendiri. Kalau yang miskin dari segi pendapatan. Kita bantu tingkatkan pendapatan mereka. Kalau yang takde duit untuk anak-anak sekolah kita bantu. Jangan sampai, mereka ini duduk beratapkan zink bocor anda tidur menghirup aircond yang nyaman.

Sayangkan, kaum cina boleh kumpul duit berjuta2x untuk bantu masyarkat die. Die tak miskin pun, lagi kaya adalah. Takperlu pun hak bumiputera ini. Tetapi mereka boleh je hidup.

Ekonomi negara mereka sudah pegang. Politik kita nak bagi gak kat dia. Last2x bila perlembagaan ditukarkan kepada sesuatu yang adil. Masyarakat melayu yang terduduk dibumi sendiri. Lebih ramailah lagi melayu miskin tegar. Ini adalah masadepan yang dapat dilihat, jika melayu itu tidak berubah. Kalau kita hendak menetapkan sesuatu jadikanlah diri anda seorang yang berfikiran waras. Kekalkan perpaduan sesama sendiri dan jadikanlah melayu itu hebat dimuka buminya sendiri

Jangan kerana seekor nyamuk, habis satu rumah dibakar"

"mengenang air mata bila artikel yang tak seberapa ini ditulis, hanya mampu mengharapkan melayu itu berubah.... tidak mampu untuk ku berkata apa-apa cuma ianya sebagai peringatan kepada diriku dan diri anda sebagai pembaca. Jadi ayuh kita berubah demi masadepan melayu yang cemerlang"


Monday, September 7, 2009

Soal Agama? Bukan Mainan


3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.


Anda semua perlu mengetahui bahawa dalam negera ini mempunyai banyak agama, ada antranyamenganut agama Islam, Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain. Dalam agama ini, sikap toleransi antara satu sama lain amat penting. Hubungan antara satu sama lain adalah penting.

Pengamal politik, perlu berhati-hati apabila menaburkan janji kepada rakyat. Terutamanya soal perkauman. Rata-rata ini, sikap sesetengah ahli politik pembangkang terutamanya Dato' Sri Anwar Ibrahim itu sering menggunakan agama sebagai umpan untuk meraih undi. Terutamanya apabila menggunakan istilah Allah secara bebasnya oleh beliau sendiri. Yang disokong sepenuhnya oleh beliau.

Ketua Pembangkang ini sebenarnya seorang yang huru-hara keadaannya. Beliau sengaja mencetuskan isu perkauman dalam agenda politik dia, supaya rakyat di Malaysia ini bersikap pentingkan diri sendiri, berpecah antra satu sama lain dan menuntut hak yang bukannya hak mereka. Isu yang dibangkitkan, jika anda ingat lagi adalah Hindraf, yang dibawa dan disokong oleh DSAI itu sendiri. Hindraf, pimpinan uthayakumar juga menuntut melalui sesuatu fakta yang tidak benar. Supaya masyarakat India juga berpecah belah. Hindraf juga disokong oleh DSAI itu sendiri.

Sampai ke satu masa, itu ini dibawa ke Shah Alam, seksyen 24. Dimana isu pembinaan Kuil di kawasan mejoritinya melayu. Kenapa? Kerajaan kepimpinan BN yang lepas telah memberikan tapak kuil kepada masyarkat India ini di Shah Alam, dan telah dipersetujui. Tetapi, akibat janji yang pernah diperkatakan oleh PR ini menyebabkan kerajaan negeri Selangor ini sudah tergugat krebilitinya.

Nasir Hahim, Adun Kota Damansara yang tidak pernah turun padang (daripada laporan email WKD sendiri) itu juga tidak menyokong Melayu itu sendiri. dan menyebarkan e-mail yang mengatakan ornag melayu dan khususnya UMNO bersikap kurang hajar. Tetapi, adakah sebenarnya ornag melayu itu menuntut supaya tiada pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam itu salah? Sepatutnya beliau menyokong orang melayu itu sendiri. E-mail yang beliau forward itu juga daripada Sivarajan (Ahli Majlis MBSA). Mungkin beliau tidak sayangkan agama dan bangsa sendiri.

Ini sebenarnya bukannya salah masyarkat India di situ, ini adalah salah kepada Pakatan Rakyat itu sendiri. Mereka, hanya pandai menaburkan janji sehingga mereka lupa kepada hak-hak kaum itu sendiri. Terutamnya hak kaum bumiputera itu sendiri. Menaburkan janji untuk memdapatkan kuasa, dan kali ini mereka juga yang terduduk akibat janji mereka yang bukan-bukan itu. Persoalannya? Adakah sebenarnya mereka mampu mentadbir negeri Selangor ini.

Dimanakah plan asal untuk jadikan Bandar Shah Alam itu sebagai bandar Melayu Pertama. Mereka telah hancurkan begitu sahaja. Mana lagi nak cari bandar melayu.

Peguam Melayu di Bar Counsil juga tidak berkata apa-apa kecuali hanya mengangukkan kepala sendiri sahaja setelah Bar Counsil sendiri menyokong pembinaan kuil di seksyen 23. Mereka lupa bahawa, agama adalah sesuatu yang penting dipertahankan.

Dimanakah silapnya rakyat selangor ini? berazam sebenarnya untuk melihat negeri Selangor maju dengan kerajaan baru? Tetapi, lama kelamaan negeri Selangor dilihat bertambah huru-hara keadaannya? Kita perlu kembalikan Negeri Selangor kepada kerajaan yang asal untuk mententeramkan balik keadaan di negeri Selangor ini...

PAS juga tidak berkata apa dengan isu ini... hanya hangguk kepala sahaja

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP