Sunday, July 12, 2009

Ketua Dan Anak Buah

Seringkali aku bertanya kepada diriku sendiri, apakah pernan pemimpin dalam sesebuah organisasi. Bagi saya ada dua jenis pemimpin di sesebuah organisasi


1. Pemimpin itu hanya menggunakan orang bawahnya untuk kepentingan diri sendiri.
2. Pemimpin perlu bersama dengan anak buah untuk mencapai matlamat.

jadi, adakah seorang pemimpin itu sebenarnya perlu mengetahui masalah dan halangan yang dihadapi oleh anak buah?

Jika seseorang pemimpin itu, adalah pemimpin yang jenis pertama. Mungkin dia tidak kisah akan apa yang dialami oleh anak-anak buah dia. DIa terus menjalankan agenda dia. Sebab, apa yang diimpikan suah pun tercapai. Hanya beliau boleh menjalankan tugas itu sendiri. Ataupun, orang dibawahnya tidak diperlukan lagi, kerana dia ada orang-orangnya yang tersendiri untuk berjuang bersamanye. Tidak berjuang bersama jemaah yang sepatutnya.

Jika pula seseorang pemimpin adalah pemimpin ang kedua. Dia akan selalu berbincang dengan rakan karibnya. Bertanyakan khabar. Mengetahui apa masalah yang dialami. Kalau dia tidak tahu, sudah tentu ada orang-orang lain yang memberitahu masalah yang dihadapi oleh anak buahnya kerana ada nya silaturrahim yang baik antara seorang pemimpin dan anak buah.

Jadi, dalam akhbar harian metro pada hari ini (13 Julai 09) ada menulis kata-kata seorang pemimpin

“Rupanya dia kena operate (dibedah)..saya tidak tahu itu. Kalau saya tahu, awal-awal lagi tidak mintak dia datang (Manek Urai).
“Saya faham sangat keadaan selepas pembedahan memang tidak boleh banyak bercakap atau bergerak. Saya memang tidak tahu langsung mengenai keadaannya,”
Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

Inilah seorang pemimpin. Asik leka menghadap kesalahan orang lain. Diri sendiri yang tidak tahu kemana arah tuju anak buahnya. Adakah ini pemimpin yang disanjung.

1 comments:

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman July 12, 2009 at 9:43 PM  

salam....jelas menunjukkan Nik Aziz adalah bukan seorang pemimpin yang baik kerana hanya mengamailakn prinsip @ perkara yang pertama td...itu adalah pendapat saya

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP