Showing posts with label Pakatan Pembangkang. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Pembangkang. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

DAP sanggup buat apa sahaja untuk kekalkan kuasa

Hari ini minda pengarang impian generasi terkejut dengan tindakan DAP Perak yang memaksa ADUN untuk menandatangani perjanjian, jika ingin keluar parti.


"KUALA LUMPUR: DAP Perak berhasrat menguatkuasakan perjanjian yang ditandatangani semua wakil rakyatnya ketika pilihan raya umum 2008 yang menuntut mereka membayar ganti rugi RM5 juta jika keluar parti.

Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata keputusan itu berikutan seorang lagi wakilnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshwinder Singh, bertindak menjadi wakil Bebas dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) semalam."
Berita Harian 16 Jun 2010

Ini adalah keadilan yang dituntut oleh DAP. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan kuasa ada pada tangan mereka.

Keluar parti, lompat parti dan masuk parti adalah perkara biasa yang terdapat dalam senario politik. Kerana hak kepada wakil parlimen / adun untuk melaksanakan sedemikian. Hak tersebut tidak sepatutnya di tolak.

Sahabat sekalian, kita lihat betapa bahaya nya jika puncuk kepimpinan kita bukan dikalangan bangsa Melayu yang juga tertakluk kepada pelembagaan Malaysia yang meletakkan bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mistilah orang Melayu dan beragama Islam. Kerajaan yang ada sekarang juga meletakkan kementerian-kementerian utama dibawah kuasa Menteri-menteri yang beragama Islam.

Pemimpin-pemimpin inilah yang menjaga hak kepentingan kita bangsa Melayu di negara ini. Pemimpin yang anda tuduh dengan pelbagai tomahan ini lah juga yang menjaga kepentingan anda sebagai bumiputera.

Hari ini, dikala kepimpinan PR mahukan kuasa dia sanggup buat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa dan mendapatkan kuasa. Setelah mereka mendapat kuasa adakah mereka juga akan mengekalkan keamanan. Telah banyak perpecahan yang berlaku, telah banyak kuasa dan peluang yang diberikan kepada orang yang sepatutnya.

Apabila anda pernah berkata berkenaan dengan "kroni" sewaktu pilihan raya ke-12. Anda lihat sendiri sekarang ini, siapakah yang lebih mengutamakan "kroni" mereka dalam melaksanakan sesuatu. Adakah anda perasan semua ini. Ataupun anda hanya berdiam diri sahaja membiarkan kesalahan itu berlaku

Jikalau anda masuk dan lihat di IPTA telah lahirnya ramai graduan melayu, anda lihat satu hari nnt. Berapa ramai sahaja graduan melayu yang terlahir.... nak ke IPTS, mungkin masyarakat melayu belum bersedia dan termampu untuk membayarnya. Kemana pergi profesionallisme melayu satu hari nnt. jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga...

Jika kita lihat senarai 10 orang terkaya di Malaysia, hanya ada 1 sahaja usahawan Melayu. Mana lainnya, adakah sewaktu pemerintahan akan bertambah lagi ataupun jumlahnya akan berkurangan. Usahawan melayu yang 1 itulah yang membantu membina Masjid dan banyak memberikan harta mereka untuk kemudahan orang Islam. Jika dia tiada, siapa yang akan bersama dengan kita. Jika hartanya dirampas, tanpa ada hak.... lihatlah bangsa melayu tingal dihutan semula.

Ketika sumber kewangan, kutipan cukai negeri diberikan di Masjid utnuk pembangunan agama Islam. Kini jumlah itu tidak seberapa banyak, kerana juga telah diberikan untuk agama lain. Bagaimana syiar Islam itu dapat berkembang, selain tingal semangat yang ada sahaja.

Perkara yang kecil jangan diambil mudah, perkara yang kecil jangan disangkakan tiada apa-apa di penghujung hari. jangan kesal apa keputusan anda. teruslah mencari jalan untuk menyatupadukan Islam, Melayu yang tercinta. yang penting, kuasa haruslah ada ditangan kita, di negara kita sendiri.

Friday, June 11, 2010

Siapakah Sebenarnya Ir Hj Mohammad Nizar

Sunday, January 3, 2010

Anwar Pernah Berkata

Minta sahabat bloger yang menolak sekuat-kuatnya kepimpinan UMNO dan BN sebulatnya2x dengan mengatakan bahawa UMNO ini sentiasa menyebarkan fitnah dan bersifat perkauman. Media arus tempatan dilemparkan sebagai fitnah.

Siapa sebenarnya yang lebih mengelirukan kita umat Islam, ayuh terus bngkit, untuk bersatu. Tontoni video dibawah.

Monday, August 17, 2009

Sokongan terhadap DAP tak berbelah bagi

Setelah sekian lama aku tidak menulis disini, mungkin disebabkan aku mengalami symtoms kajian sains yang banyak!! Maaf kawan-kawan. Tapi, aku selalu melihat apa yang berlaku di tanah air ini.


Dari satu peristiwa, ke peristiwa yang lain aku kaji.

Pertama masalah DAP di selangor. Aku "sokong" betul tindakan Ronnie Liu nie untuk membenarkan arak dijual di kawasan majoriti Melayu di Shah Alam. Sebab aku tahu, arak itu boleh memusnahkan diri bangsa aku. Arak itu tidak haram disisi Ronnie. Itulah sebabnya dia meminta pegawai MBSA memulangkan balik barang-barang yang telah di rampas. PKR pun sentiasa meyokong tindakan Ronnie Liu nie... Melayu di PKR cakap x pe... mungkin sebab mereka suka kepada arak. huh... penduduk negeri Selangor harus lihat perkara ini dengan sensitif. aku tak tahu la, mana perginya sensitivity bangsa Melayu sekarang. Isu arak ini, mcm boleh dipermainka oleh DAP

yang kedua aku kelakar betul dengan tindakan yang ditunjukkan oleh pembantu Ronnie Liu apabila diminta memberi keterangan kepada SPRM. Kelakar. Pepatah melayu ada mengatakan, Berani kerana Benar, takut kerana Salah. Aku tahu, tindakan dia itu sebenarnya untuk mendapatkan publisiti, sebab nnt die telah membuat sesuatu perkara yang luar biasa. So, nnt cara die akan mendapat perhatian orang ramai. Apalah, salahnya kalau kita pergi sana dan buat statement. Dah habis buat statement balik la... kalau tak salah buat ape nak NANGIS.

Isu, isu negeri Selangor memang betul-betul membuka mata seluruh negara untuk mengenalpasti apakah keberukan yang lebih teruk dilontarkan jikalau parti pakatan rakyat memerintah negara. jika sebelum ini mereka mengutuk keras kepimpinan parti Barisan Nasional, tetapi sebenarnya kemajuan lebih mudah dicapai oleh kepimpinan Barisan Nasional.

Last skali, renung-renungkan ayat ini...."apabila diberi kuasa kepada yang bukan bangsa "Melayu, kuasa akan membuatkan bangsa Melayu akan jatuh"

Thursday, July 9, 2009

Berhati-hati memelih pemimpin anda

Seharusnya rakyat berhati-hati sebelum membuat keputusan. Tidak membuat keputusan dengan keadaan yang terburu-buru dan terdesak. Kaji dahulu sejarah pemimpin Islam sebenar.

Dalam keadaan yang bercelaru ini. Ada juga pemimpin yang sudah talam dua muka. Berpura-pura baik dihadapan orang ramai tetapi beliau sebenarnya mempunyai agenda sendiri untuk menjatuhkan negara. Mencari lubang-lubang mana yang boleh digali untuk menjatuhkan sesebuah negara itu.

Selalunya orang ini yang berhasratuntuk menjatuhkan negara akan mencari tipu helah yang akhirnya akan memakan diri sendiri dengan menabur Fitnah dan lain-lain. Sekali gus menjadikan apa yang dibuat olehnya oerfect. Dia tidak pernah salah dalam apa jua yang dilakukannya. Seperti mana yang anda dapat lihat keatas Dato' Sri Anwar Ibrahim. Yang berlagak seperti mahu menjadikan dirinya yang terbaik. Supaya orang dapat lihat, segala perbuatannya sempurna. Adakah sebenarnya beliau sendiri tidak terlibat dengan liwat, rasuah, politik wang dan lain-lain. Mustahil! Beliau sebenarnya juga terlibat dengan semua perkara diatas. Tetapi, atas kebijaksanaan yang bodoh itu beliau tidak memberitahu apa perkara buruk yang beliau lelakukan. Mecari helah apabila hendak berdepan dengan masalah. Penuh dengan helah. Nak bosan saya mendengarnya.

Maaf kerana menunding jari kepada seseorang. tetapi ini sudah rialiti.

Kalau kita lihat di UMNO juga tidak lari dengan masalah peribadi sesetangah pemimpin. Tetapi, atas kebijaksanaan. Pemimipin yang telah menyalahgunakan kuasa dipecat. Seperti mana yang pernah dilakukan oleh Tan Sri Isa Abdul Samad. Seorang menteri, yang telah menyalahgunakan kuasa beliau.

Tidak di Pakatan Pembangkang. mereka menyelindungi apa kesalahan mereka sesama mereka. Tidak menghebahkan kepada orang lain. Persoalan sekarang ini. Adakah parti pembangkang sempurna? Mereka lagi tidak sempurna

Perjuangkan sesuatu sebenarnya atas kepentingan diri sendiri. Bukan kepentingan orang lain. Itulah kebanyakkan pemimpin tertinggi Pakatan Pemgbangkang. Memperjuangkan sesuatu bukan kerana mereka hendak membela rakyat, tetapi hanya untuk mendapatkan sokongan rakyat. Adakah sokongan rakyat itu telah/boleh menjamin kesejahteraan anda.

Jika kita tengok berita, di neger-negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang. Penuh dengan masalah, ada yang terpaksa ditukarkan semula kerana mereka itu telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan keadaan yang melampau. Memberi hak tanah kepada bukan pemilik hak, tetapi kerana ucapan terima kasih dia sendiri kepada orang itu.

Huh....

Rakyat harus sedar tentang apa yang berlaku, permainan politik pakatan pembangkang memang memutihkan mata anda untuk menyokong mereka. Tetapi, mereka telah membuktikan bahawa mereka mempunyai kepentingan peribadi untuk mentadbir negara

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP