Wednesday, June 16, 2010

DAP sanggup buat apa sahaja untuk kekalkan kuasa

Hari ini minda pengarang impian generasi terkejut dengan tindakan DAP Perak yang memaksa ADUN untuk menandatangani perjanjian, jika ingin keluar parti.


"KUALA LUMPUR: DAP Perak berhasrat menguatkuasakan perjanjian yang ditandatangani semua wakil rakyatnya ketika pilihan raya umum 2008 yang menuntut mereka membayar ganti rugi RM5 juta jika keluar parti.

Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata keputusan itu berikutan seorang lagi wakilnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshwinder Singh, bertindak menjadi wakil Bebas dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) semalam."
Berita Harian 16 Jun 2010

Ini adalah keadilan yang dituntut oleh DAP. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan kuasa ada pada tangan mereka.

Keluar parti, lompat parti dan masuk parti adalah perkara biasa yang terdapat dalam senario politik. Kerana hak kepada wakil parlimen / adun untuk melaksanakan sedemikian. Hak tersebut tidak sepatutnya di tolak.

Sahabat sekalian, kita lihat betapa bahaya nya jika puncuk kepimpinan kita bukan dikalangan bangsa Melayu yang juga tertakluk kepada pelembagaan Malaysia yang meletakkan bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mistilah orang Melayu dan beragama Islam. Kerajaan yang ada sekarang juga meletakkan kementerian-kementerian utama dibawah kuasa Menteri-menteri yang beragama Islam.

Pemimpin-pemimpin inilah yang menjaga hak kepentingan kita bangsa Melayu di negara ini. Pemimpin yang anda tuduh dengan pelbagai tomahan ini lah juga yang menjaga kepentingan anda sebagai bumiputera.

Hari ini, dikala kepimpinan PR mahukan kuasa dia sanggup buat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa dan mendapatkan kuasa. Setelah mereka mendapat kuasa adakah mereka juga akan mengekalkan keamanan. Telah banyak perpecahan yang berlaku, telah banyak kuasa dan peluang yang diberikan kepada orang yang sepatutnya.

Apabila anda pernah berkata berkenaan dengan "kroni" sewaktu pilihan raya ke-12. Anda lihat sendiri sekarang ini, siapakah yang lebih mengutamakan "kroni" mereka dalam melaksanakan sesuatu. Adakah anda perasan semua ini. Ataupun anda hanya berdiam diri sahaja membiarkan kesalahan itu berlaku

Jikalau anda masuk dan lihat di IPTA telah lahirnya ramai graduan melayu, anda lihat satu hari nnt. Berapa ramai sahaja graduan melayu yang terlahir.... nak ke IPTS, mungkin masyarakat melayu belum bersedia dan termampu untuk membayarnya. Kemana pergi profesionallisme melayu satu hari nnt. jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga...

Jika kita lihat senarai 10 orang terkaya di Malaysia, hanya ada 1 sahaja usahawan Melayu. Mana lainnya, adakah sewaktu pemerintahan akan bertambah lagi ataupun jumlahnya akan berkurangan. Usahawan melayu yang 1 itulah yang membantu membina Masjid dan banyak memberikan harta mereka untuk kemudahan orang Islam. Jika dia tiada, siapa yang akan bersama dengan kita. Jika hartanya dirampas, tanpa ada hak.... lihatlah bangsa melayu tingal dihutan semula.

Ketika sumber kewangan, kutipan cukai negeri diberikan di Masjid utnuk pembangunan agama Islam. Kini jumlah itu tidak seberapa banyak, kerana juga telah diberikan untuk agama lain. Bagaimana syiar Islam itu dapat berkembang, selain tingal semangat yang ada sahaja.

Perkara yang kecil jangan diambil mudah, perkara yang kecil jangan disangkakan tiada apa-apa di penghujung hari. jangan kesal apa keputusan anda. teruslah mencari jalan untuk menyatupadukan Islam, Melayu yang tercinta. yang penting, kuasa haruslah ada ditangan kita, di negara kita sendiri.

Friday, June 11, 2010

Siapakah Sebenarnya Ir Hj Mohammad Nizar

Thursday, April 22, 2010

MAHFUZ SI BADUT YANG TAK LULUS SRP NI MEMANG BEBAL NAK MAMPOS

-kredit kepada http://networkedblogs.com/3beQy


Dato HAJI Mahfuz Omar, Naib Presiden merangkap 'Badut Cacat' PAS telah pun mengeluarkan cadangan yang sangat PANDAI dan BIJAKSANA. Katanya, suruhanjaya perlu dibentuk untuk menyiasat perihal pembelian dua buah kapal selam dari Perancis. Dan kerana itu, Perdana Menteri, Najib Abdul Razak perlu mengambil cuti agar siasatan nanti tidak akan terganggu. (Malaysia Kini)

Apa punya dol ler si Mahfuz nih! Punyalah cerdik! Kunun-kununnya dengan bercuti, Najib Abdul Razak tak boleh ler gunakan kuasanya untuk mengganggu penyiasatan tu nanti, kut? Awat, kalau Najib Abdul Razak bercuti, kuasa dia sebagai Perdana Menteri bercuti jugak ka?
Pasai apa hang tak suruh Najib Abdul Razak letak jawatan sebagai Perdana Menteri saja dan jawatannya dipangku oleh Muhyiddin Yassin. Atau kalau nak paling adil, letak jawatan dan serah kat Anwar Ibrahim.

Hari tu hang menyalak ke Kelantan, konon-kononnya hang pembela keadilan la... sekali kena jerkah ngan Mursyidul Am hang, terkesot pi. Hang tak suruh pun tubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat pembelokan dan pembalakan haram di Kelantan?
Hang tak berani suruh pun Menteri Besar Kelantan bercuti dulu untuk memudahkan siasatan. Bahkan bila Ariffahmi letak jawatan sebagai CEO untuk dinaikkan jawatan sebagai COO, hang diam la jugak!

Mahfuz dan badut, memang sinonim. Sekali dengar cakapnya macam orang pandai. Tapi bila dua kali dengar, Mahfuz dan Samsul Iskandar Mohd Akin, macam duduk sekapal. Cakap melangit tak pandang bumi langsung.

Hanya kerana SUARAM yang ditaja oleh parti pembangkang Malaysia meminta tiga orang peguam hak asasi di Perancis sana nuh tengah duk buat siasatan, yang Mahfuz melompat deras sangat pasai apa? Biarkanlah depa buat siasatan.
Biarkanlah keputusan apa pun yang nak dikeluarkan oleh mahkamah di Perancis. Awat, ingat mahkamah Perancis macam mahkamah Malaysia ka yang boleh tunda-tunda sampai dekat 30 kali untuk satu-satu kes?

Jenis mahkamah yang tunda-tunda sampai 30 kali ni, cuma ada di Malaysia saja. Manusia yang jenis tunda-tunda kesnya hanya Anwar Ibrahim seorang sahaja. Satu-satunya di dunia ini! Macam manalah gamaknya Najib Abdul Razak boleh mencampuri urusan mahkamah di Perancis sana nuh kalau dia tidak bercuti?
Takkan Najib Abdul Razak minta tolong daripada Presiden Perancis pulak kut macam Anwar Ibrahim cuba minta tolong George W. Bush suatu ketika dulu, masa HARAMJADAH tu masih lagi Presiden Amerika Syarikat.

Hai ler Mahfuz... patutlah abang hang sendiri pun tepuk dahi bila ditanya pasai hang!

Tuesday, April 13, 2010

Siri 17 PRK Hulu Selangor : Bukti di Blog Anwar Idea 1Israel Dalam Gabungan Pakatan Rakyat !

Kredit untuk : Panglima Perang Cyber

Alhamdulillah pagi ini saya telah dapat menemui beberapa bukti yang boleh mengaitkan isu APCO dengan Pakatan Rakyat khasnya Anwar Ibrahim yang telah dikenali sebagai 'teman lama dan mesra' golongan Yahudi.

Ini setelah meluangkan sedikit masa membaca kembali kenyataan Anwar di Parlimen berhubung isu APCO.

Rupa-rupanya Anwar Ibrahim tidak perasan bahawa beliau telah mendedahkan diri dan Pakatan Rakyat kepada 'lembah bahaya' kerana memaparkan fakta tentang 1Israel yang tak ubah konsepnya seperti yang dipraktikkan oleh Pakatan Rakyat bawah beliau.

Semua tahu isu APCO timbul untuk menutup isu isu yang lain. Terutama isu liwat yang masih lagi belum selesai dibicarakan di Mahkamah. Maka ia dimainkan dengan begitu meluas demi untuk mewujudkan persepsi bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri membuat hubungan sulit dengan Israel.

Dulu isu Altantunya namun selepas 3 kali Perdana Menteri bersumpah di tiga tempat berbeza dan selepas sekian lama masa dihabiskan untuk menerangkannya barulah fitnah tersebut padam dan tidak lagi dijadikan isu oleh pembangkang. Kini isu APCO dijadikan modal untuk memburukkan PM dan seluruh pentadbiran kerajaan kerana mengambil APCO menjadi penasihat Perdana Menteri dalam dasar 1Malaysia.

Begitu juga isu pembelian kapal selam, jet dan sebagainya juga telah tidak lagi diulang oleh pembangkang selepas rakyat sendiri telah dapat melihat bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang tidak berasaskan bukti yang nyata melainkan hanyalah fitnah yang direka-reka untuk kepentingan politik yang sempit.

Isu APCO yang dikait dengan 1Israel ini telah dijadikan isu untuk mengaitkan Kerajaan Malaysia dengan isu keselamatan negara ekoran kaitannya yang didakwa ada hubungan dengan Israel. Walhal ia satu pembohongan yang amat jelas. Anwar cuba memberi gambaran Malaysia sudah sangat terancam apabila PDRM dan JPM telah diresap oleh pengganas Israel sedangkan ia tidak berlaku sama sekali.

Yang terancam hakikatnya ialah masa depan politik Anwar yang mana ramai menganggap beliau akan gagal menuju takhta PM dan bakal berakhir di kandang besi jika disabitkan kesalahan meliwat Saiful Bukhari.

Tuduhan mereka hanyalah bersandarkan kepada persamaan perkatan 1Israel dengan 1Malaysia. Bahkan mereka tidak tahu dengan teknologi internet zaman ini rakyat tidak mudah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim. Segala maklumat sudah berada di hujung jari.

Realitinya, 1Israel yang didakwa hasil idea APCO adalah satu gabungan parti parti politik di Israel manakala 1Malaysia adalah gagasan untuk menyatukan rakyat Malaysia agar harmoni dan saling bersatu padu tanpa melibatkan kerjasama parti-parti politik.

Jika benar APCO bertanggungjawab mencipta 1Israel kenapa konsep yang sama tidak dipraktikkan oleh Kerajaan Malaysia ?

Dan ternyata hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mempunyai persamaan dengan 1Israel yang dipraktikkan di sana oleh golongan ZIONIS YAHUDI.



Lihat bukti Pakatan Rakyat idea 1Israel di blog Anwar di bawah :



HULU Selangor : Shamsul kecewa Anwar Pilih Zaid

kredit untuk : Media Cyber


Ceramah Umum Pakatan Rakyat di Dewan Pusat Komuniti Serendah baru habis sebentar tadi. Suasana yang hangat. Tetapi rata-rata penceramah setakat '5 minit' Pakatan Rakyat hanyalah ceramah yang boleh diumpamakan sebagai "Wei! Aku pergi Fun Fair kat Rawang lagi baguih la daripada dengar ceramah orang gila ni".

Kehadiran Khalid Ibrahim disambut dengan sorakan yang amat hambar. Kesian, MB pun orang dah tak nak bersorak untuk si Gagap. Untuk pengetahuan, General Pilihan Raya Kecil kali ini ialah Khalid Ibrahim a.k.a Khalid Gagap. Tan Seng Giaw pula memberikan amaran keras kepada MB Selangor dan juga Anwar Ibrahim dengan mengungkit segala janji-janji mereka kepada rakyat sebelum pilihanraya umum 12 sama ada ianya sudah dilaksanakan atau hanya retorik semata-mata untuk meraih undi?

Padan muka Anwar. Tindakan Tan Seng Giaw memang kena pada masanya dan dalam masa yang sama, Tan juga turut menyatakan kehadiran orang ramai itu rata-ratanya adalah penduduk dari luar Hulu Selangor yang telah diarahkan sendiri oleh pemimpin bahagian untuk meramaikan lagi perhimpunan kali ini.

Hadi Awang pula lebih bersikap neutral pada malam ini, seperti tidak bermaya dan tiada semangat untuk menghangatkan lagi suasana. Sempat Hadi Awang menyeru kepada UMNO/BN supaya mengambil peluang di pilihanraya kecil ini agar menyediakan calon yang hebat untuk mengajar mereka di Parlimen atau di PRK kali ini. Uiks? Apa maksudnya itu? Nyata Hadi Awang kecewa, mungkin kecewa kerana calon PAS tidak lagi dipandang. Mungkin juga kecewa kerana Anwar tidak lagi mendengar suara orang PAS? Atau PAS sendiri yang tamak kuasa untuk meletakkan calonnya di Hulu Selangor sebagai penembus kepada kekalahan di Bagan Pinang?

video video

Seperti yang Media Cyber war-warkan beberapa hari yang lepas. Sememangnya Zaid Ibrahim yang diangkat sebagai calon PKR untuk PRK Hulu Selangor. Sejurus selepas pengumuman itu, semua beransur-ansur meninggalkan tapak ceramah umum. Belum hari penamaan calon lagi, ini baru pengisytiharan calon rakyat sudah kecewa dengan pemilihan itu. Di mana penyokong Pakatan Rakyat sendiri mahukan Shamsul Iskandar dicalonkan untuk PRK kali ini.


Pencalonan Zaid Ibrahim ini nampaknya tidak menarik minat orang ramai. Selain itu, pada hari perletakan jawatan Zaid Ibrahim (Katak Lompat), Anwar mengaku yang dia ada mengadakan pertemuan sulit dengan Zaid Ibrahim pada malam itu juga. Hmmmm?? Anwar mengaku? Jangan tak percaya... Anda harus percaya.

Sejurus pengumuman Zaid, Shamsul Iskandar kelihatan masam mencuka dan asyik memandang Zaid Ibrahim dengan pandangan yang boleh kita jangkakan;

Sunday, January 3, 2010

Anwar Pernah Berkata

Minta sahabat bloger yang menolak sekuat-kuatnya kepimpinan UMNO dan BN sebulatnya2x dengan mengatakan bahawa UMNO ini sentiasa menyebarkan fitnah dan bersifat perkauman. Media arus tempatan dilemparkan sebagai fitnah.

Siapa sebenarnya yang lebih mengelirukan kita umat Islam, ayuh terus bngkit, untuk bersatu. Tontoni video dibawah.

Monday, October 19, 2009

Rakyat Perak Sambut Baik 1 Malaysia

Rakyat sekalian,


Terima kasih kerana terus memberikan sokongan keatas kepimpinan YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Sokongan daripada selurh rakyat Malaysia ini dapat akan berkekalan seterusnya menjamin terus keharmonian, kedamaian, keadilan, dan perpaduan rakyat Malaysia.

Sempena hari pelancaran 1 Malaysia yang diadakan di Perak, mendapat sambutan yang sangat mengalakan oleh rakyat negeri Perak. Menandakan masyarakat Melayu amnya sudah faham, dengan apa yang diperkatakan seabgai KETUANAN MELAYU. lhat gambar disini

Masyarakat perlu berpegang teguh kepada UMNO yang menjamin keharmonian dan kedamaian negara. Pembela nasib bangsa dan penegak keadilan di muka bumi ini.

Terima kasih Rakyat Malaysia, kita perlu terus bersatu demi Negara yang TERCINTA.

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP