Showing posts with label Parti Komunis Malaya. Show all posts
Showing posts with label Parti Komunis Malaya. Show all posts

Friday, June 26, 2009

Nik Aziz, Tak Paham Perasaan Orang Lain

Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Bercakap UMNO disamakan dengan PKM.


Huh, amat tidak sopan kasih MB Kelantan ini kepada orang Melayu yang lain. Kenapa beliau samakan UMNO dengan PKM.

Sedangkan dia sendiri tahu bahawa UMNO memperjuangkan Melayu. Dalam UMNO, orangnya mempercayai bahawa Allah Adalah Satu. Pandai mengucap dua kalimah syahadat.

"aku bersaksi bahawa, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Bukti orang UMNO ini adalah orang Islam. Bukannya orang yang tidak mempercayai tuhan sepertimana yang dibuat oleh PKM.

Persoalannya, setelah menolak perpaduan Melayu, beliau cuba memburukan bangsa sendiri. Huh, beliau ini sebenarnya telah menolak kepada Perpaduan. Dia tidak tahu bahawa apabila bersatu bangsa kita menjadi kuat.

Beliau dengan Lim Kit Siang bersama mempengaruhi agar orang Melayu itu tidak bersatu. Siapakah Lim Kit Siang tue.. dan siapakah Nik Aziz Nik Mat itu... Lim Kit Siang adalah orang berbangsa Cina. Nik Aziz orang berbangsa Melayu. Kalau Lim Kit Siang itu halang perpaduan orang Melayu. Kenapa Nik Aziz Nik Mat ini terikut-ikut sama apa yang dikatakan oleh Lim Kit Siang.

Adakah dia lebih rapat dengan bangsa lain berbanding dengan bangsa sendiri.

P/s Lim Kit Siang cuba mempengaruhi parti komponen Barisan Nasional untuk menolak kerajaan perpaduan. dia taknak semua bangsa dalam Malaysia ini bersatu. Kerana apabila bangsa Melayu itu bersatu. Bangsa Melayu akan jadi kuat.

Saturday, June 13, 2009

En Chin Peng, Anwar benarkan anda masuk..



Huh, gembiranya Chin Peng apabila mendapat khabar berita bahawa Ketua Umum PKR ini membenarkan dia masuk Ke Malaysia. Dapatlah dia perjuangankan semula ideologi Komunis ini di Malaysia iaitu, tidak percaya pada tuhan.

Mungkin dengan kepulangan chin Peng ini negara akan menjadi lebih aman. Sedangkan anda sudah membaca sejarah , apa yang di buat oleh Parti Komonis Malaya selepas perang dunia kedua. Apa dibuatnya keatas bangsa/kaum anda. Huh, kalau anda hendak pokok berbuah dua kali, kita benarkan Chin Peng untuk masuk ke Malaysia.

Serangan PKM adalah berbentuk gerila, serangan yang melibatkan pertumpahan darah. Sewaktu zaman PKM hendak menerajui Malaysia, mereka sanggup membenuh, merogol dan membuat apa sahaja tingkah laku "kemanusiaan" terhadap sesiapa yang mengingkari perintah mereka. Dan kalau kita baca sejarah Bukit Kepong, kita dapat lihat bagaimana kejamnya PKM ini hendak menawan Bukit Kepong. Sedih bila melihat mayat dibakar dan dibunuh dengan kejam

Inikah orang yang akan memberi manfaat kepada bangsa!

Alfatihah kepada pejuang Negara yang terkorban dalam peperangan.

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP