Wednesday, June 16, 2010

DAP sanggup buat apa sahaja untuk kekalkan kuasa

Hari ini minda pengarang impian generasi terkejut dengan tindakan DAP Perak yang memaksa ADUN untuk menandatangani perjanjian, jika ingin keluar parti.


"KUALA LUMPUR: DAP Perak berhasrat menguatkuasakan perjanjian yang ditandatangani semua wakil rakyatnya ketika pilihan raya umum 2008 yang menuntut mereka membayar ganti rugi RM5 juta jika keluar parti.

Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata keputusan itu berikutan seorang lagi wakilnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshwinder Singh, bertindak menjadi wakil Bebas dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) semalam."
Berita Harian 16 Jun 2010

Ini adalah keadilan yang dituntut oleh DAP. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan kuasa ada pada tangan mereka.

Keluar parti, lompat parti dan masuk parti adalah perkara biasa yang terdapat dalam senario politik. Kerana hak kepada wakil parlimen / adun untuk melaksanakan sedemikian. Hak tersebut tidak sepatutnya di tolak.

Sahabat sekalian, kita lihat betapa bahaya nya jika puncuk kepimpinan kita bukan dikalangan bangsa Melayu yang juga tertakluk kepada pelembagaan Malaysia yang meletakkan bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mistilah orang Melayu dan beragama Islam. Kerajaan yang ada sekarang juga meletakkan kementerian-kementerian utama dibawah kuasa Menteri-menteri yang beragama Islam.

Pemimpin-pemimpin inilah yang menjaga hak kepentingan kita bangsa Melayu di negara ini. Pemimpin yang anda tuduh dengan pelbagai tomahan ini lah juga yang menjaga kepentingan anda sebagai bumiputera.

Hari ini, dikala kepimpinan PR mahukan kuasa dia sanggup buat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa dan mendapatkan kuasa. Setelah mereka mendapat kuasa adakah mereka juga akan mengekalkan keamanan. Telah banyak perpecahan yang berlaku, telah banyak kuasa dan peluang yang diberikan kepada orang yang sepatutnya.

Apabila anda pernah berkata berkenaan dengan "kroni" sewaktu pilihan raya ke-12. Anda lihat sendiri sekarang ini, siapakah yang lebih mengutamakan "kroni" mereka dalam melaksanakan sesuatu. Adakah anda perasan semua ini. Ataupun anda hanya berdiam diri sahaja membiarkan kesalahan itu berlaku

Jikalau anda masuk dan lihat di IPTA telah lahirnya ramai graduan melayu, anda lihat satu hari nnt. Berapa ramai sahaja graduan melayu yang terlahir.... nak ke IPTS, mungkin masyarakat melayu belum bersedia dan termampu untuk membayarnya. Kemana pergi profesionallisme melayu satu hari nnt. jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga...

Jika kita lihat senarai 10 orang terkaya di Malaysia, hanya ada 1 sahaja usahawan Melayu. Mana lainnya, adakah sewaktu pemerintahan akan bertambah lagi ataupun jumlahnya akan berkurangan. Usahawan melayu yang 1 itulah yang membantu membina Masjid dan banyak memberikan harta mereka untuk kemudahan orang Islam. Jika dia tiada, siapa yang akan bersama dengan kita. Jika hartanya dirampas, tanpa ada hak.... lihatlah bangsa melayu tingal dihutan semula.

Ketika sumber kewangan, kutipan cukai negeri diberikan di Masjid utnuk pembangunan agama Islam. Kini jumlah itu tidak seberapa banyak, kerana juga telah diberikan untuk agama lain. Bagaimana syiar Islam itu dapat berkembang, selain tingal semangat yang ada sahaja.

Perkara yang kecil jangan diambil mudah, perkara yang kecil jangan disangkakan tiada apa-apa di penghujung hari. jangan kesal apa keputusan anda. teruslah mencari jalan untuk menyatupadukan Islam, Melayu yang tercinta. yang penting, kuasa haruslah ada ditangan kita, di negara kita sendiri.

1 comments:

Tangga Langit January 10, 2011 at 8:19 PM  

salam,

mohon pautkan blog saya,
saya sudah paut dan follow anda

tq

http://ketanggalangit.blogspot.com

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP