Friday, July 10, 2009

Selangor Hati-Hati

Disetiap negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Semua ada masalah masing-masing.

Terbaru, berlaku ketidakpuasan dalam perebutan kuasa keatas exco Negeri Selangor. Luahan ketidak puasan ini di suarakan oleh Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali (PKR).

Azmin Ali sudah beranggapan bahawa pihak DAP cuba hendak mendominasi kekayaan dan kekuatan negeri Selangor yang aman semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Khalid Ibrahim cuba hendak mempermainkan rakyat negeri selangor dengan mengatakan hapuskan "kroni" di Bekalan Air. Tetapi, sebenarnya, beliau sendiri ada kroni beliau untuk memajukan projek membersihkan sungai Klang. Nampak sangat. Cakap tidak serupa bikin.

Pada 17 Mei 2009, Khalid mencadangkan projek pembersihan Sungai Klang. Kemudian pada 18 Mei 2009, terus buat lawatan ke Singapura. Kononnya hendak belajar sistem di Singapura. Sebenarnya Projek Pembersihan Sungai Klang yang bernilai RM2 bilion tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat dari Singapura. Tanah-tanah rezab Melayu di sepanjang 6km di sepanjang Sungai Klang diberikan hak pembangunannya kepada syarikat terbabit sebagai trade off pembiayaan pembersihan Sungai Klang. Bijak benar Melayu yang bernama Khalid ini, bagi syarikat Singapura bersih sungai kemudian reward tanah rezab Melayu untuk dibangunkan kepada syarikat terbabit. Siapa yang untung?

Khalid tidak pernah menyalamatkan orang Melayu. Selain menguntungkan dirisendiri dan kepentingannya DAP. Keputusan untuk membangunkan negeri selangor bukan keputusan Pakatan Rakyat. Tetapi keputusan PKR - DAP sahaja.

4 comments:

Mohd Afdzal Mokhtar July 11, 2009 at 6:03 AM  

salam bro..aku sokong seratus peratus ape yg ko kate bro...

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman July 11, 2009 at 6:45 AM  

salammm

jelas Khalid Ibrahim tidak mempunyai sikap sayang kepada bangsa Melayu dan amat malang nasib org melayu Selangor

fikirfakta Crew July 13, 2009 at 12:51 AM  

terima kasi afdhal atas sokongan.

huhu memang betul abg hafiz, amat malang bg rakyat selangor yang tidak mengetahui salah silap pemimpin negeri

C L J July 17, 2009 at 12:36 PM  

Kalau benar kesian org Selangor tolonglah bantu mereka untuk sedar dan tunggu masa untuk ubah segalanya.

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP