Monday, June 29, 2009

Hujah yang Melarangkan pengunaan Nama Allah



Hujah yang mengharamkan.

Terdapat ramai di kalangan Ulama' yang mengharamkan penggunaan nama Allah bagi orang-orang bukan Islam. NAntara mereka ialah, Penasihat Undang-undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi, Syeikh Abdul Muhsin Al-Abikan. Mereka telah mengutarakan hujah-hujah pengharaman di samping menjawab hujah-hujah golongan yang mengharuskan penggunaannya.

Di sini, akan dinyatakan beberapa hujah dan alasan pengharaman tersebut.

1. Lafaz Allah yang dimaksudkan dalam Islam mempunyai sifat Ahadiyyah dan SomadiyyahNya firman Allah s.w.t yang bermaksud ;
Maksudnya :"Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah yang maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat." (Surah al-ikhlas 112:1-2)
Ia amat berbeza dengan kefahaman Ahli Kitab di dalam memahami dan mentafsirkan lafaz Allah itu sendiri :

Hamka dalam tafisrannya 30/302 dengan menukilkan Tafsir Abu Suud telah berkata
"Diulangai nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan 2) dengan kejelasan bahawa Dia adalah esa, Tunggal, Dia adalah tempat pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan. dalam ayat pertama ditegaskan keesaan-Nya untuk menjelaskan bersih-Nya Allah dari berbilang dan berbsusun dan pada-Nya terkumpul segala sifat Kesempurnaan. Dia tempat bergantung, tempat berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia teta ada dan kekal dalam kesempurnaan-Nya serta tidak pernah berkurang"

2. Berdasarkan Firman Allah yang bermaksud
Maksudnya; Dan orang-orang Yahudi berkata "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata "Al-Masih ialah anak Allah." Demikianlah perkataan mereka dengan mulur merkea sendiri,, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu, semoga Allah binasakah mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?" (Surah al-RTauah 9:30)


Berdasarkan ayat diatas jelas menunjukan bahawa nama Allah khas untuk agama Islam sahaja bukan untuk agama lain menggunakannya. Tetapi Dato Sri Anwar Ibrahim dan Nik Aziz telah menghalalkan penggunaan Allah untuk agama lain terutamanya Nasrani. Masyaallah.

Ayat diatas saya petik sebuah buku bertajuk Isu Kalimah Allah, Hukum Penggunaannya Bagi Bukan Islam oleh Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri dan Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid. Ada banyak lagi hujah dalam kitab tersebut. Tinggal comment jika anda berminat untuk mendapat salinan buku ini.

2 comments:

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman June 29, 2009 at 7:22 AM  

Salam Tuan

Saya merasakan Nik Aziz & Anwar Ibrahim mengetahui pengunaan kalimah Alla SWT ini hanya untuk orang Islam tetapi disebabkan oleh kuasa dan pengaruh politik mereka menyatkan demikian...maka disini perlu kita renung kembali adakah mereka berdua ini benar-benar memahami konsep Islam sebenar...hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui NYA

revolusi pedang srikandi July 2, 2009 at 8:18 AM  

salam
jengoklah ke blog saya...revolusipedangsrikandi.blogspot.com

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP