Renungan Kerajaan Perpaduan
"Akan datang nanti 'zaman yang dipenuhi dengan fitnah demi fitnah. Maka sesiapa yang mahu memcahbelakan urusan umat ini dalam keadaan umat ini bersatu, maka pancunglah mereka dengan pedang walau dalam keadaan apa sekalipun"
Dalam satu riwayat lain
"Sesiapa yang datang kepada kamu ketika kamu bersatu di bawah seorang pemimpin, tujuannya adalah untuk memecahbelahkan jemaah kamu atau menerai-beraikannya maka bunuh lah dia"
Sesungguhnya amat banyak nas-nas al-Quran dan hadis yang memerintahkan umat Islam bersama-sama dengan jemaah dan mencegah berpecah daripadanya. Antara nas-nas ini adalah seperti berikut
Firman Allah
"Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (agama) dan janganlah kamu berpecah belah"
Surah Ali Imran:103
Firmah Allah
"Dan janganlah kamu jadi seperti golongan yang berpecah belah dan bersilisih selepas datangnya kepada mereka keterangan yang nyata"
Surah Ali 'Imran: 105
Surah Ali 'Imran: 105
Firman Allah
"Dan janganlah kamu menjadi seperti kaum musyirikin yang telah memecahbelahkan agama mereka dan mereka telah menjadi berpuak-puak."
Sabda Rasullah s.a.w
"Sesiapa yang melihat pemerintahnya melakukan sesuatu yang dibencinya, maka bersabarlah kerana sesiapa yang berpecah daripada jemaah sejengkal kemudian dia mati maka matinya seperti mati jahiliah"
Sabdanya lagi
"Tetaplah kamu bersama jemaah dan jauhilah berpecah kerana sesungguhnya syaitan itu bersama-sama (berdamping) dengan satu orang dan dia lebih jauh daripada dua orang. Sesiapa yang inginkan kelapangan syurga maka hendaklah dia bersama-sama jemaah"
Kata al-Tabari "Sesungguhnya yang dimaksudkan oleh nas-nas tentang jemaah ialah jemaah yang dipimpin oleh seorang ketua yang ditaati, maka sesiapa yang membatalkan baiah (janji untuk taat setia) kepadanya dia telah keluar daripada jemaah"
*****
Kata-kata ini diambil daripada sebuah buku yang bertajuk Sistem Politik Islam yang ditulis oleh Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy. Sudah rosaknya sistem politik yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim dan pengikutnya.
Kalau kita tengok sejarah Anwar Ibrahim termasuk Nik Aziz pernah menjadi Ahli UMNO. Tetapi akibat kecewa, mereka keluar daripada UMNO. Jelas menunjukan bahawa ada agenda sendiri mereka yang hendak ditunjukan menyebabkan agama Islam ini berpisah.
Isu kerajaan Perpaduan bukanlah isu yang dibawa oleh UMNO. UMNO pernah ajak PAS bersatu, tetapi ditolak. PAS pulak mengajak untuk membentuk KERAJAAN PERPADUAN bersama UMNO di Muktamar Pas. Tetapi, PAS sendiri yang bercakap UMNO yang buat-buat cerita untuk kerajaan perpaduan. Adakah dia tahu bahawa Kerajaan Perpaduan itu dibawa oleh PAS sendiri. Tak pasal-pasal UMNO jugak dituduhnya. UMNO terima dengan hati terbuka.
Kalau kita balik semula pada ayat-ayat diatas jelas menunjukkan bahawa pentingnya bersatu dan bersabar. Patuh dengan pemimpin. Jangan menolak pemipin. Demokrasi yang melampau dibawa oleh Anwar boleh menghalalkan pelbagai termasuk maksiat dan judi.
0 comments:
Post a Comment