Saturday, August 22, 2009

Rakyat dah tak percaya sama lu... PKR


Tindakan ADUN Lunas, Kedah. YB MOhd Radzi Salleh keluar dari PKR membuktikan bahawa PKR bukan memperjuangkan keadilan seperti mana termaktub dalam manifesto perjuangan PKR itu.


Perjuangan PKR adalah berlandaskan kepentingan individu semata-mata, yang selama ini memperak-porandakan Malaysia. Menggunakan rakyat untuk kepentingan diri dia sendiri semata-mata. Seolah-olah melihat apa yang dibuat oleh PKR adalah untuk rakyat. Tetapi, sebenarnya apa yang dibuat oleh PKR adalah untuk kepentingan dia yang tamakkan kuasa.

Kebajikan rakyat diabaikan oleh PKR, dia bukan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu tetapi parti yang memperjuangkan bangsa lain. Perkataan REFORMASI digunakan untuk kepentingan diri sendiri. Apabila jawatan dia hilang, perkataan REFORMASI itu digunakan untuk dia mendapatkan jawatan. Supaya, apa yang telah dirancangkan oleh dia itu berjalan dengan lancar.

Persoalannya, apakah ada keadilan dalam Parti Keadilan Rakyat itu? Saya melihat... tiada keadilan tetapi hanya untuk kepentingan seseorang individu itu semata-mata.

Siapakah Individu atau dia itu? Dialah penasihat PKR. Dato' Sri Anwar Ibrahim

0 comments:

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP