Asas Penyatuan Islam
Ramadhan akan pasti meningalkan kita, tidak pasti pula adakah kita akan berjumpa pada ramadhan akan datang atau tidak. Itu tiada jaminan, samada terhadap diri saya ataupun kepada diri anda. Dan sedar tak sedar dalam Ramadhan ini, pelbagai petunjuk telah ditunjukan kepada umat Islam seluruh dunia. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di serata tempat.
Ternyata agama yang kita anuti, iaitu Islam adalah agama yang suci dan lengkap di muka bumi ini.
Islam memang mementingkan perpaduan sesama Islam samada di dalam negaranya sendiri ataupun diantara dua negara Islam. Masalah remeh temeh antara golongan Islam itu juga perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin oleh pemimpin atau alim ulama itu sendiri. Supaya tidak menyebabkan Islam di serata di kawasan itu berpecah.
Jika kita lihat disini, asas perpaduan kita dapat lihat melalui ibadat solat. Dimana hanya ada satu imam sahaja yang akan mengetuai solat tersebut, dan makmum mengikut gerak langkah imam itu apabila menerima arahan daripada pemimpin itu. Jika imam melakukan kesalahan, apa yang perlu dibuat oleh makmum tersebut, adalah menegur imam itu dengan cara yang tidak memalukan imam itu tersendiri. Tidak perlulah kita menjerit dari belakang untuk berkata "subhanallah" tetapi, hanya yang dibelakang imam sahaja berkata dengan nada yang pelahan "subhanallah". Banyak kebaikannya apabila Islam sendiri meletakkan syarat tersebut. Imam juga apabila telah menyedari kesalahan dia, perlu diperbetulkan kesalahan itu sendiri.
Itulah prinsip asas perpaduan dalam Islam yang diaplikasi dalam solat. Kita renungkan semula, kenapa adanya konsep dua parti Islam dalam satu-satu negara. Ini tidak lain, tidak bukan adalah kerana emosi diri dan ketidaksabaran seseorang itu, ataupun sikap pentingkan diri sendiri.
Sebuah buku keluaran Telaga Biru bertajuk "Sistem Politik Islam" tulisan Khalid Ali hammad Al-anbariy perlu dibaca terutamanya mereka yang telah menyimpang jauh terhadap persoalan perpaduan sesama Islam.
0 comments:
Post a Comment