Tuesday, April 13, 2010

HULU Selangor : Shamsul kecewa Anwar Pilih Zaid

kredit untuk : Media Cyber


Ceramah Umum Pakatan Rakyat di Dewan Pusat Komuniti Serendah baru habis sebentar tadi. Suasana yang hangat. Tetapi rata-rata penceramah setakat '5 minit' Pakatan Rakyat hanyalah ceramah yang boleh diumpamakan sebagai "Wei! Aku pergi Fun Fair kat Rawang lagi baguih la daripada dengar ceramah orang gila ni".

Kehadiran Khalid Ibrahim disambut dengan sorakan yang amat hambar. Kesian, MB pun orang dah tak nak bersorak untuk si Gagap. Untuk pengetahuan, General Pilihan Raya Kecil kali ini ialah Khalid Ibrahim a.k.a Khalid Gagap. Tan Seng Giaw pula memberikan amaran keras kepada MB Selangor dan juga Anwar Ibrahim dengan mengungkit segala janji-janji mereka kepada rakyat sebelum pilihanraya umum 12 sama ada ianya sudah dilaksanakan atau hanya retorik semata-mata untuk meraih undi?

Padan muka Anwar. Tindakan Tan Seng Giaw memang kena pada masanya dan dalam masa yang sama, Tan juga turut menyatakan kehadiran orang ramai itu rata-ratanya adalah penduduk dari luar Hulu Selangor yang telah diarahkan sendiri oleh pemimpin bahagian untuk meramaikan lagi perhimpunan kali ini.

Hadi Awang pula lebih bersikap neutral pada malam ini, seperti tidak bermaya dan tiada semangat untuk menghangatkan lagi suasana. Sempat Hadi Awang menyeru kepada UMNO/BN supaya mengambil peluang di pilihanraya kecil ini agar menyediakan calon yang hebat untuk mengajar mereka di Parlimen atau di PRK kali ini. Uiks? Apa maksudnya itu? Nyata Hadi Awang kecewa, mungkin kecewa kerana calon PAS tidak lagi dipandang. Mungkin juga kecewa kerana Anwar tidak lagi mendengar suara orang PAS? Atau PAS sendiri yang tamak kuasa untuk meletakkan calonnya di Hulu Selangor sebagai penembus kepada kekalahan di Bagan Pinang?

video

Seperti yang Media Cyber war-warkan beberapa hari yang lepas. Sememangnya Zaid Ibrahim yang diangkat sebagai calon PKR untuk PRK Hulu Selangor. Sejurus selepas pengumuman itu, semua beransur-ansur meninggalkan tapak ceramah umum. Belum hari penamaan calon lagi, ini baru pengisytiharan calon rakyat sudah kecewa dengan pemilihan itu. Di mana penyokong Pakatan Rakyat sendiri mahukan Shamsul Iskandar dicalonkan untuk PRK kali ini.


Pencalonan Zaid Ibrahim ini nampaknya tidak menarik minat orang ramai. Selain itu, pada hari perletakan jawatan Zaid Ibrahim (Katak Lompat), Anwar mengaku yang dia ada mengadakan pertemuan sulit dengan Zaid Ibrahim pada malam itu juga. Hmmmm?? Anwar mengaku? Jangan tak percaya... Anda harus percaya.

Sejurus pengumuman Zaid, Shamsul Iskandar kelihatan masam mencuka dan asyik memandang Zaid Ibrahim dengan pandangan yang boleh kita jangkakan;

0 comments:

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP