Saturday, June 13, 2009

En Chin Peng, Anwar benarkan anda masuk..



Huh, gembiranya Chin Peng apabila mendapat khabar berita bahawa Ketua Umum PKR ini membenarkan dia masuk Ke Malaysia. Dapatlah dia perjuangankan semula ideologi Komunis ini di Malaysia iaitu, tidak percaya pada tuhan.

Mungkin dengan kepulangan chin Peng ini negara akan menjadi lebih aman. Sedangkan anda sudah membaca sejarah , apa yang di buat oleh Parti Komonis Malaya selepas perang dunia kedua. Apa dibuatnya keatas bangsa/kaum anda. Huh, kalau anda hendak pokok berbuah dua kali, kita benarkan Chin Peng untuk masuk ke Malaysia.

Serangan PKM adalah berbentuk gerila, serangan yang melibatkan pertumpahan darah. Sewaktu zaman PKM hendak menerajui Malaysia, mereka sanggup membenuh, merogol dan membuat apa sahaja tingkah laku "kemanusiaan" terhadap sesiapa yang mengingkari perintah mereka. Dan kalau kita baca sejarah Bukit Kepong, kita dapat lihat bagaimana kejamnya PKM ini hendak menawan Bukit Kepong. Sedih bila melihat mayat dibakar dan dibunuh dengan kejam

Inikah orang yang akan memberi manfaat kepada bangsa!

Alfatihah kepada pejuang Negara yang terkorban dalam peperangan.

0 comments:

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP